Monday, 11 March 2013

YWJ RANCANG STRATEGI KEMBANGKAN SILAT SENDENG

TANGKAK: Seni silat sendeng dipilih sebagai seni silat rasmi Johor dan serentak dengan itu kerajaan negeri melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ) merancang strategi pengembangan seni silat itu ke seluruh negeri ini dan negeri lain.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata pemilihan seni silat itu dibuat berikutan ia diasaskan dan dilahirkan di Johor dan mempunyai identiti negeri ini.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya mahu mengetengahkan lagi seni silat sendeng itu seperti juga usaha membangunkan seni tari zapin yang kini berjaya menjadi tarian dengan identiti dan jati diri Johor.
"Seni silat sendeng adalah kepunyaan rasmi Orang Melayu Johor kerana diasaskan dan dilahirkan di negeri ini 54 tahun lalu oleh anak jati Johor di Bukit Kangkar, dekat Sungai Mati yang terletak di daerah Ledang iaitu di kawasan saya sendiri.

"Oleh itu adalah wajar kerajaan negeri mengangkat perguruan seni silat itu sebagai silat rasmi negeri Johor kerana silat itu dewasa dan mantap daripada segi sejarah, kurikulum pembelajaran, undang-undang pertubuhan serta garis panduan persilatan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Silat Sendeng di Dataran Ledang.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Asiah Md Ariff; Pengarah YWJ, Jama Johan; Guru utama Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia, Ismail Saidin dan Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia Peringkat Johor, Ahmad Nazari Abd Hamid.
Seramai 1,000 pesilat berusia semuda lima tahun hingga 80 tahun dari seluruh negeri ini berkumpul dalam perhimpunan itu.

Pada majlis yang sama Abdul Ghani turut melancarkan buku bertajuk Seni Silat Sendeng Sejarah dan Kurikulum Pembelajaran yang ditulis Pegawai Sejarah YWJ, Kamdi Kamil.
SUMBER: BERITA HARIAN, 15 JULAI 2009

http://infoledang.blogspot.com/2009/07/ywj-rancang-strategi-kembangkan-silat.html

Sunday, 10 March 2013

Peranan Ulama Dalam Ilmu Persilatan

 

 

 Tekad seorang guru silat  

 

Sumiri menunjukkan sijil pengiktirafan dan majalah yang pernah menyiarkan artikel tentang dirinya sebagai guru silat harimau.

KOTA TINGGI –  Untuk bergelar seorang guru silat bukanlah mudah, malah banyak rintangan yang harus dilalui sebelum mendapat pengiktirafan tersebut.

Bagi Sumiri Rosdi, 65, walaupun terpaksa mengayuh basikal berpuluh kilometer semata-mata untuk belajar ilmu persilatan satu masa dahulu, ternyata tekadnya berbaloi tatkala melihat ratusan anak-anak muda mewarisi ilmu silat harimau yang diturunkannya.

Menurut bapa kepada empat orang anak hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Siti Fatimah Sulaiman, 60, mempunyai ilmu persilatan bukanlah alasan bagi seseorang itu untuk mencari gaduh atau memukul orang sesuka hati.

Sebaliknya, ilmu persilatan haruslah digunakan untuk tujuan kebaikan terutamanya untuk mempertahankan diri ketika berada dalam kesulitan dan kesusahan.

“Kerana minat dan semangat yang mendalam untuk mempelajari ilmu tersebut, saya mula menuntut ilmu silat ketika usia tujuh tahun dengan seorang guru bernama Muhammad di Kampung Parit Haji Zin.

“Ketika itu, bapa saya juga merupakan seorang guru silat namun entah kenapa bapa berkeras enggan mengajar dan menyuruh saya menuntut dengan guru lain.

“Namun ia tidak mematahkan semangat saya. Dengan tekad yang tinggi, saya berjaya menuntut ilmu dengan guru tersebut walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh.

“Alhamdulillah saya akhirnya berjaya menuntut ilmu silat ini sehingga habis walaupun banyak rintangan yang harus dilalui, malah sehingga kini saya masih lagi mempertahankan ilmu persilatan yang diajar beliau,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, usaha kerasnya sejak kecil itu ternyata tidak sia-sia apabila kini dia sudah mempunyai lapan gelanggang silat termasuklah tiga di Felda Air Tawar 4 manakala lima lagi di Felda Semenchu.

“Saya mula mengajar ilmu silat sejak usia 15 tahun namun ia terhenti seketika sebelum saya berpindah ke rancangan Felda pada tahun 1981. Bagaimanapun pada tahun 1990, saya terbuka hati untuk membuka gelanggang semula di sini.

“Sambutan yang terima begitu menggalakkan khususnya daripada golongan belia. Beberapa cawangan lain turut dibuka bagi memberi peluang generasi muda mempelajari ilmu silat harimau ini dan ternyata telah berkembang sehinggalah sekarang,” katanya.

Selain mengajar di gelanggang, pengalaman menjadi guru persilatan selama bertahun lamanya turut dihargai oleh pihak sekolah apabila beliau dilantik untuk menurunkan ilmu mempertahankan diri itu kepada pelajar.

Katanya, peluang  mengajar pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu dan SMK Agama Bandar Penawar tidak dipersiakan begitu sahaja, malah setiap kali kejohanan pencak silat yang dianjurkan, pasti ada sahaja piala yang akan dibawa pulang.

“Saya sering mengingatkan kepada anak murid saya mempelajari persilatan sebenarnya bukanlah bertujuan untuk mencari kekuatan sebaliknya mencari ilmu.

“Apa yang paling penting silat adalah satu seni untuk menaikkan martabat orang Melayu agar bangsa Melayu tidak mudah diperlekehkan oleh orang luar," katanya.

Jasa beliau mengajar seni mempertahankan diri kepada golongan belia itu turut mendapat banyak pengiktirafan dan anugerah antaranya daripada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) serta Kementerian Belia dan Sukan.

Malah siapa sangka wajah Sumiri ini juga pernah menjadi penyeri muka hadapan sebuah majalah mempertahankan diri pada satu masa dahulu.

Sinar Harian 16 Okt 2012

Saturday, 9 March 2013


(SUKAN SEA 2011) Gambar Pesilat Malaysia Di Keratan Akhbar


 November 19, 2011

26th Sea Games, Indonesia. Pasukan Pencak Silat Malaysia beraksi dengan cemerlang di Sukan Sea 2011 dengan membawa pulang 3 Emas, 1 Perak dan 7 Gangsa. 3 Emas adalah dari kategori Silat Olahraga iaitu disumbangkan oleh Ahmad Shahril (Putera D), Al-Jufferi (Putera E) dan Fauzi Khalid (Putera F). Pingat Perak pula disumbangkan oleh pesilat Siti Rahmah (Puteri E) yang kecundang ditangan tuan rumah, Indonesia.                                          

Gambar Pesilat Malaysia dari Keratan Surat Khabar 
 
sukan sea, sukan sea 2011, sukan sea di indonesia, sea games, sea games 2011, sea games at indonesia, silat sukan sea, silat sukan sea 2011, silat sukan sea di indonesia, sea games silat, sea games 2011 silat, sea games at indonesia silat, pencak silat sukan sea, pencak silat sukan sea 2011, pencak silat sukan sea di indonesia, sea games pencak silat, sea games 2011 pencak silat, sea games at indonesia pencak silat, silat olahraga sukan sea, silat olahraga sukan sea 2011, silat olahraga sukan sea di indonesia, sea games silat olahraga, sea games 2011 silat olahraga, sea games at indonesia silat olahraga, ahmad shahril sukan sea 2011, ahmad shahril, botak, botak di sukan sea 2011, fauzi di sukan sea 2011, fauzi silat di sukan sea 2011, jufferi di sukan sea 2011, jufferi silat di sukan sea 2011, gambar sukan sea, gambar sukan sea 2011, gambar sukan sea di indonesia, gambar sea games, gambar sea games 2011, gambar sea games at indonesia, gambar silat sukan sea, gambar silat sukan sea 2011, gambar silat sukan sea di indonesia, gambar sea games silat, gambar sea games 2011 silat, gambar sea games at indonesia silat, gambar pencak silat sukan sea, gambar pencak silat sukan sea 2011, gambar pencak silat sukan sea di indonesia, gambar sea games pencak silat, gambar sea games 2011 pencak silat, gambar sea games at indonesia pencak silat, gambar silat olahraga sukan sea, gambar silat olahraga sukan sea 2011, gambar silat olahraga sukan sea di indonesia, gambar sea games silat olahraga, gambar sea games 2011 silat olahraga, gambar sea games at indonesia silat olahraga, gambar ahmad shahril sukan sea 2011, gambar ahmad shahril, gambar botak, gambar botak di sukan sea 2011, gambar fauzi di sukan sea 2011, gambar fauzi silat di sukan sea 2011, gambar jufferi di sukan sea 2011, gambar jufferi silat di sukan sea 2011,
 Temasya Sukan Sea 2011.

Ahad, 2 Oktober 2011

Seni Pertahanan Diri

Mempelajari seni pertahanan diri banyak membawa kebaikan. Jelaskan faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri.

Kebelakangan ini aktiviti seni pertahanan diri kian mendapat tempat dalam kalangan orang ramai. Antara aktiviti seni pertahanan diri yang popular ialah silat, tae kwan do, judo, karate-do dan sebagainya.Aktiviti ini juga disertai oleh orang ramai yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan jantina.Terdapat pelbagai faedah sekiranya seseorang itu menceburi sukan lasak ini.

Antara faedah yang boleh diperoleh melalui kegiatan ini ialah kita dapat menyihatkan tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana badan kita akan berpeluh semasa melakukan pelbagai pergerakan dalam aktiviti ini.Lantaran itu, toksik-toksik dalam tubuh badan kita akan keluar bersama-sama peluh yang mengalir di tubuh kita. Sebagai contoh, pergerakan yang pantas dan tangkas akan menguatkan otot tubuh badan kita. Sememangnya aktiviti seperti ini menyumbang kepada kesihatan tubuh badan kita.

Selain itu, kita juga boleh mempertahankan diri daripada serangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini terjadi kerana kita telah diajar cara-cara untuk mengelakkan serangan dan menyelamatkan diri dalam seni pertahanan diri ini.Justeru, kita akan dapat bertindak dengan pantas sekiranya menghadapi saat-saat yang mencemaskan itu. Tamsilnya, sekiranya terdapat perogol yang ingin melakukan perbuatan keji itu kepada seseorang perempuan yang mempunyai kepakaran dalam seni pertahan diri, sudah tentu perogol tersebut akan teruk dibelasah oleh perempuan tersebut.Oleh itu, kepakaran dalam bidang ini sememangnya boleh menyelamatkan maruah seseorang dalam keadaan tertentu.

Di samping itu, kita juga boleh mewakili sekolah dalam pertandingan seni pertahanan diri. Hal ini demikian kerana terdapat sekolah-sekolah yang menjadikan seni pertahanan diri sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah mereka. Oleh itu, pihak sekolah akan menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di kawasan mereka hinggalah ke peringkat kebangsaan. Sebagai contoh seni pertahanan diri seperti silat dan tae kwan do telah dipertandingkan hingga ke peringkat dunia.Sesungguhnya,penglibatan dalam seni pertahanan diri telah memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk mencipta nama dalam bidang kokurikulum sehingga ke peringkat antarabangsa.

Konklusinya, terdapat pelbagai faedah positif yang dapat dirasai sekiranya seseorang itu melibatkan diri dalam kegiatan ini.Oleh itu, kita janganlah membuang masa yang ada sebaliknya mengambil peluang yang ada untuk mempelajarinya agar kita mempunyai keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai situasi yang kritikal sebagaimana yang telah diajar dalam seni pertahanan diri ini.Sememangnya aktiviti ini menjadi wadah untuk kita meneruskan budaya yang kian pupus ditelan zaman seperti yang berlaku kepada seni silat tanah air kita.

Wanita Pertama Dalam Pertempuran Ultimate Bout Set





Ronda Rousey, bekas pemenang Olimpik judo  pingat gangsa, akan berjuang menentang Liz Carmouche pada 23 Feb dalam perjuangan wanita pertama dalam sejarah Kejohanan Pertempuran Terbaik. Menandatangani Rousey dengan U.F.C. yang pada bulan November selepas memenangi kejohanan bantamweight dengan Strikeforce.

Seni pertahanan diri banyak manfaat 

BERSEMANGAT: Dr Jerip memukul gendang sebagai simbolik perasmian Festival Pertunjukan Seni Bela Diri Kuching 2012. Turut kelihatan Baderi (dua kiri) dan Chan (dua kanan).

KUCHING: Seni mempertahankan diri bukan sahaja dapat menjaga keselamatan daripada ancaman musuh tetapi boleh dijadikan satu kaedah senaman untuk badan.

Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil berkata mempelajari dan mempraktikkan seni mempertahankan diri merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat.

Beliau menjelaskan bahawa seni bela diri merupakan seni turun-temurun yang sudah menjadi warisan amalan orang dahulu untuk mempertahankan diri yang dilihat dapat mengekalkan kesihatan pengamalnya.

“Seni mempertahankan diri ini juga penting kepada kesihatan kita kerana ia merupakan salah satu senaman harian yang mampu menguatkan badan daripada dihinggapi penyakit.

“Selain dapat mengekalkan seni warisan, amalan ini juga dapat mewujudkan satu komuniti yang sihat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Festival Pertunjukan Seni Bela Diri Kuching 2012 di Stadium Hoki Negeri di sini semalam.
Tambahnya, dengan pengamalan gaya hidup sihat menerusi seni bela diri risiko dihidapi penyakit seperti darah tinggi, diabetes, obesiti dan sebagainya dapat dielakkan.

Selain itu, Dr Jerip memberitahu seni bela diri juga mampu mempersiapkan seseorang untuk mempertahankan diri daripada ancaman jenayah terutama golongan wanita.

“Kita lihat dalam surat khabar kebanyakan jenayah telah meningkat di kawasan bandar seperti kes ragut dan selalunya golongan wanitalah yang menjadi mangsa.

“Maka dengan itu alangkah baiknya kalau kita menyediakan diri dengan seni bela diri supaya kita boleh mempertahankan diri sendiri daripada menjadi mangsa jenayah,” katanya.

Malah, beliau memberitahu bahawa seni bela diri juga dapat dijadikan platform merapatkan perpaduan masyarakat di negeri ini.

“Seni ini mengajar kita bersatu dalam pasukan serta berdisiplin yang boleh mengukuhkan tali persaudaraan antara kita, jadi saya berharap amalan ini menjadi amalan semua masyarakat di negeri ini,” ujarnya.

Hadir sama Datuk Bandar MBKS James Chan, Pengerusi Penganjur Kaunselor Abdul Baderi Sahmat dan tetamu kehormat lain.

http://www.theborneopost.com/2012/07/30/seni-pertahanan-diri-banyak-manfaat/