Peranan Ulama Dalam Ilmu Persilatan
Posted on by Baba Syarif
MAT Kilau seorang pahlawan agung yang berjuang menentang penjajahan Inggeris.
BARANGKALI perbicaraan yang menyentuh secara langsung tentang
persilatan adalah masih sangat langka. Keterlibatan penulis dalam
membicarakan perkara persilatan ini juga amat sedikit berbanding
penulisan-penulisan selainnya.
Oleh itu, kelemahan-kelemahan dalam perbicaraan ini rasanya sangat
banyak, apatah lagi dunia persilatan hanyalah penulis kenali sewaktu
masih kanak-kanak dan ditinggalkan begitu lama, sejak tahun 1960-an.
Jenis-jenis silat memang banyak penulis ketahui, namun penulis
bukanlah seorang pelajar mengenai bidang itu secara tekun tetapi
hanyalah sebagai pemerhati saja. Di antara silat-silat yang penulis
ketahui ialah Silat Pengian, Silat Kuntau, Silat Harimau, Silat Buton
Kalidupa, Silat Bugis Bone, Silat Sinding, Silat Pukul Tujuh, Silat
Minangkabau, Silat Cekak, Silat Gayung, Silat Gayung Patani, Silat Abjad
dan Al-Mu’azat.
Peranan ulama dalam silat hanya dapat penulis tonjolkan kepada
pemikiran Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan keterlibatan Sheikh
Abdus Shamad al-Falimbani dalam jihad fi sabilillah.
Kedua-dua ulama besar yang sangat terkenal itu dipercayai menggunakan
‘senjata’ qalam untuk mengajar umat Melayu dna juga senjata pedang
unutk perjuangan di medan jihad fi sabilillah demi mempertahankan
kesucian Islam dan watan daripada penjajah.
Jika kita anggap ilmu silat adalah untuk mempertahankan diri peribadi, jihad pula adalah mempertahankan Islam dan tanah air.
0 comments:
Post a Comment